opick-rapuh

Sunday, 16 September 2012

11 JENIS MANUSIA YANG DIDOA OLEH PARA MALAIKAT...

       PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun i man . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk man usia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.

Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersa man ya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di man a pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah....



POSTED BY :SHIBLI
COPY BY : NURUL AIDA SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI

CARA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
  
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.


DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:
  
1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.


POSTED BY :SHIBLI
COPY BY :NURUL AIDA SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI

cara tradisional menghilangkan jerawat!


1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye!

copy by : Nurul Aida Syahirah binti Zulkifli

Monday, 10 September 2012

SOLAT SUNAT AWWABIN



Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut) yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.
.
.

Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

 Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
.
.

Doa Sebelum Solat Awwabin

Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:
 
.
.

CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:

.
1.  Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
 
Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:
1. Surah al-Qadr    1 kali
2. Surah al-Ikhlas   6 kali
3. Surah al-Falaq   1 kali
4. Surah al-Naas    1 kali
.
c.  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
d.  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
.
.
2.  Solat Sunat Awwabin
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
.
.
3.  Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah
a.  Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
b.  Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
Atau;
Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)
.
c.  Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Posted By:Shafi-Q
Copy By:Alisya Nadzira Bt Badrul Nadzar

SOLAT SUNAT AIDIL ADHA



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban.
 .
.

 A.  Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1.  Niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.

.

.

2.  Pada rakaat pertama:

   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qafatau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
3.  Rakaat ke-dua:
a.     Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
.
c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
 .
.

KHUTBAH AIDILADHA

Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.
Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ )  manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.
.
.

TAKBIR

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar.
.
Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’.
Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah.
.

Takbir Raya

اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ  -  × 5/3

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ   

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
.
Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
 .
.

Adab Solat Sunat Hari Raya

1.  Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.
2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir  sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
3.  Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudiantambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
4.  Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai.  Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.
5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.
6.  Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.
7.   Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.
8.  Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.
.
.

HIKMAH AIDILADHA

  1. Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  2. Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.


Posted By:Shafi-Q
Copy By:Alisya Nadzira Bt Badrul Nadzar.

SOLAT SUNAT TAUBAT




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Posted By:Shafi-Q
Copy By:Alisya Nadzira Bt Badrul Nadzar.