opick-rapuh

Thursday 12 July 2012

Perkara -perkara Sunat Ketika Berpuasa



Perkara-Perkara Sunat Ketika Berpuasa


Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Sedar atau tidak, kita telah memasuki hari ke-5 dalam bulan Ramadhan 1429. Walaupun berada di bulan Ramadhan, keadaan cuaca yang hujan sejak hari pertama lagi. Mungkin hujan rahmat agaknya. Alhamdulillah... 

Selepas menyentuh adab berpuasa tempohari, kini saya nak sentuh mengenai perkara sunat ketika berpuasa pula. Maklumlah, puasa wajib ni cuma sebulan jer dalam setahun. Jadi, ada baiknya saya nyatakan di sini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga anda.

Antara perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa adalah:

1. Menyegerakan berbuka puasa apabila sampai waktunya. 
Rasanya bab ni semua orang tahu dan saat yang paling ditunggu-tunggu. :)

2. Berbuka puasa dengan buah kurma (tamar) atau sesuatu yang manis ataupun dengan air.

3. Mulakan berbuka puasa dengan berdoa yang maksudnya;
"Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pemberi Rahmat".


4. Melambatkan bersahur. Bersahurlah walaupun dengan sedikit sama ada makan ataupun sekadar minum sahaja. Ianya untuk kebaikan anda juga supaya dapat menambah kekuatan ketika berpuasa.

5. Memperbanyakkan amal ibadat seperti membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.

6. Memperbanyakkan membuat amal kebajikan. 
Contohnya; bersedekah kepada yang kurang berkemampuan, menjamu tetamu berbuka puasa ataupun bertukar-tukar juadah sesama jiran.

7. Memperbanyakkan niat iktikaf di dalam masjid. Kalau sembahyang terawih tu jangan lupa gak niat iktikaf.

8. Menjauhkan diri atau sebaik-baiknya cuba elakkan diri daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia dan melakukan maksiat! 

Begitulah antara perkara sunat ketika berpuasa yang boleh kita praktikkan. Saya percaya yang di atas tu hanyalah sebahagian kecil jer. 

Mungkin ada banyak lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan. Jika anda ingin menambah tentangnya, boleh berbuat demikian di ruangan "comment". Ilmu yang baik patut kita sebarkan bagi memakmurkan Ramadhan Al-Mubarak ni.

Akhir kata, jikalau anda ada sebarang kemusykilan berkaitan dengan puasa, bolehlah menonton rancangan "Tanyalah Ustaz" pada jam 6:30 pagi setiap hari di TV9. Mungkin masalah yang anda hadapi ada dibincangkan di situ. 

Selamat Berpuasa!
 Posted by : Oktant
Copy By:Khairun Nabila

No comments:

Post a Comment