INDAHNYA BULAN RAMADHAN
Kalau
ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini
menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat
Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah.
Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya'
seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap
dengan kata-kata.
Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz
jemputan kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat
Witir tiga (3) rakaat. Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban
tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz
jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.
"
Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah
mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup
rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu
malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha
mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Dan
puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu
berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya
dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya:
"saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim
dan an-Nisa'i)
Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu
juga ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan
untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan
pengisian amalan dan ilmu.
" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman."
(Surah Azzariyat: 57)
(Surah Azzariyat: 57)
"Demi
masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat
menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah al-Asr: 1-3)
(Surah al-Asr: 1-3)
Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH,
sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di
penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran.Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
Diposkan oleh: Nur Hanizah Ahmad