INDAHNYA BULAN RAMADHAN 
  
 
Kalau
 ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali  ini
 menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat 
Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah.
Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya'   
seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap   
dengan kata-kata.
Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh  ustaz 
jemputan  kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat 
Witir tiga (3)  rakaat.  Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban 
tahun aktiviti di  surau  berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz 
jemputan yang akan   menyampaikan tazkirah.
" 
Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah 
mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup 
rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu
 malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha 
mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Dan 
puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu 
berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya 
dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: 
"saya ini berpuasa, saya  ini berpuasa!" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim 
dan an-Nisa'i)
Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu
 juga  ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan 
untuk  sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan 
pengisian  amalan dan ilmu.
" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman."
(Surah Azzariyat: 57)
(Surah Azzariyat: 57)
"Demi 
masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
 orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat 
menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah al-Asr: 1-3)
(Surah al-Asr: 1-3)
Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, 
sepuluh  hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di  
penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran.Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
Diposkan oleh: Nur Hanizah Ahmad
No comments:
Post a Comment