opick-rapuh

Tuesday 1 May 2012

Francis Light.


Kehidupan Awal

Dia dilahirkan di SuffolkEngland dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun1759 hingga 1763. Mulai tahun 1765, dia bekerja sebagai seorang pedagang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris.

[sunting]Penjajahan Pulau Pinang

Saingan daripada Perancis ekoran Perang Napoleon di Eropah menyebabkan pihak British terpaksa mencari sebuah pangkalan baru bagi menyaingi Perancis di Asia Tenggara. Setelah mendapati Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan baru British, mereka menghantar Francis Light ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasannya, berjanji bahawa British akan membantu tentera Kedah dari segi bantuan pertahanan.
Francis Light memungkiri janjinya selepas Kedah meminta bantuan British menentang Siam setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang.
Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di seberang Pulau Pinang kepada British pada tahun 1791. British memberi nama kawasan terbabit sebagai Province Wellesley (kini Seberang Perai). British mahukan Seberang Perai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti padi. Seberang Perai juga menjadi penampan pertahanan dari serangan Sultan Kedah.

[sunting]Kota Cornwallis dan Esplanade

Ketika Francis Light mendarat di Esplanade (sekarang dikenali sebagai Padang Kota Lama), kawasan itu ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan liar dan hutan yang tebal. Francis Light mengarahkan supaya kawasan itu dibersihkan dan dibuat petempatan. Tidak lama kemudian, kawasan itu mula menarik pedagang-pedagang untuk berdagang.
Bagi melindungi petempatan itu, British telah membina sebuah kota pertahanan yang diberi nama Kota Cornwallis. Kota itu sekarang menjadi tempat pelancongan yang menarik di Pulau Pinang.

[sunting]Pemberian Tanah

Untuk memajukan petempatan baru ini, Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang untuk menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang. Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di situ.

[sunting]Patung Peringatan

Francis Light diangkat sebagai pengasas Pulau Pinang moden. Oleh kerana itu, pihak British mendirikan satu patung peringatan Francis Light yang kini terdapat di Muzium Pulau Pinang.

[sunting]Keluarga

Francis Light mempunyai anak bersama-sama dengan Martina Rozells, tetapi tidak pernah berkahwin dengannya secara rasmi. Anak luar nikahnya, Kolonel William Light ialah pengasas AdelaideAustralia.


Posted By:WIKIPEDIA
Copy By:Alisya Nadzira

No comments:

Post a Comment