Panna Cotta dengan Sos Strawberi
Bahan-bahan (panna cotta) – 4 cawan
150 g coklat putih (dipotong)
2 cawan thickened cream
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar air panas
1 1/2 sudu kecil serbuk gelatin
2 cawan thickened cream
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar air panas
1 1/2 sudu kecil serbuk gelatin
Cara-cara
- Campurkan coklat putih, thickened cream dan esen vanilla dalam periuk kecil. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau sehingga coklat putih cair dan campuran sebati.
- Masukkan air panas ke dalam cawan. Kemudian masukkan gelatin dan kacau sehingga larut. Masukkan gelatin ke dalam campuran coklat putih dan kacau sehingga sebati.
- Tuang campuran coklat putih ke dalam cawan. Kemudian sejukkan selama 4 jam.
Resepi asal: Autumn Coles Magazine 2010
Bahan-bahan (sos strawberi)
10-15 biji buah strawberi – dipotong
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gula
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gula
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
- Panaskan oven pada suhu 180 celsius. Sapu dulang dengan sedikit minyak, kemudian masukkan buah strawberi ke dalam dulang dan bakar selama 20 minit.
- Kisar buah strawberi sehingga sebati. (boleh juga dilenyekkan dengan sudu)
- Campurkan strawberri, jus lemon, gula dan air di dalam periuk kecil dan panaskan dengan api yang perlahan.
- Masukkan tepung jagung yang dikacau dengan air terlebih dahulu ke dalam periuk. Kacau hingga sekata dan panaskan sehingga sos strawberi menjadi pekat.
- Tapis sos strawberi dan hidangkan bersama panna cotta coklat putih.
Resepi asal: the japanese kitchen
Posted By;Dapur Malaysia
Copy By:Nur Fatihah.
No comments:
Post a Comment