Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah             beberapa perkara yang terpenting             dari Fardu Ain yang berkaitan             dengannya, yang terkandung dalam             Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.             PAFA hendak dipastikan supaya             tiap-tiap murid / pelajar             benar-benar mengetahui, memahami dan             boleh mengamalkannya dengan cara             yang betul dan sempurna sebagaimana             yang ditetapkan oleh syarak. 
  
TUJUAN
-              Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.
 -              Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.
 -              Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.
 
PERATURAN
            1.     Penilaian             Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)             dijalankan dalam ujian Pencapaian             Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian             Menengah Rendah (PMR), dan             Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia             (SPM). 
            2.                                          Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)             dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.            
            3.      Penilaian             dijalankan sendiri oleh guru mata             pelajaran Pendidikan Islam di kelas             masing-masing sebagai proses             penilaian biasa dalam pengajaran dan             pembelajaran (P&P). 
            4.                                     Penilaian dijalankan secara lisan             dan amali mengikut sebagaimana yang             telah ditetapkan. 
            5.      Soalan             dan jawapan penilaian adalah             sebagaimana yang telah ditetapkan             dalam laman web ini. Soalan dan             jawapan tersebut tidak rahsia.             Murid-murid hendaklah diberitahu             lebih awal. 
            6.      Tempuh             penilaian bermula dari hari pertama             pada penggal pertama persekolahan             dalam tahun peperiksaan berkenaan,             dan berakhir sebulan sebelum tarikh             peperiksaan bertulis dijalankan.            
            7.      Sepanjang             tempuh penilaian tersebut, murid             hendaklah diberi masa, peluang dan             bimbingan yang secukupnya untuk             mengulang, memperbetulkan dan             memperbaiki kesalahan dan kelemahan             sehingga mereka dengan sendirinya             faham dan dapat mengamalkan sesuatu             kelemahan dengan jaya, betul dan             sempurna. 
            8.      Pencapaian             murid hendaklah dicatat dari masa ke             semasa secara kemaskini dalam Borang             Individu dan Borang Berkelompok.             Catatan tersebut adalah rekod bagi             proses dan keputusan penilaian yang             dicapai oleh murid/pelajar.             
            9.      Suatu             penyetaraan akan dijalankan oleh             Kementerian Pendidikan, Jabatan             Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah             sebagai sebahagian dari tugas             penyeliaan harian biasa. Penyetaraan             adalah untuk tujuan pengesahan dan             pelaporan penilaian. 
            10.  Pencapaian             LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah             apabila murid faham dan dapat             mengamalkan kemahiran             sekurang-kurangnya pada tahap             keupayaan yang PALING MINIMUM              sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.            
            11.  Murid             /Pelajar diakui LULUS dalam             keseluruhan penilaian Perkara Asas             fardu Ain apabila mereka berjaya             memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK             soalan yang ditetapkan. 
            12.  Pihak             sekolah hendaklah melaporkan             keputusan penilaian kepada Lembaga             Peperiksaan Kementerian Penidikan             menurut prosedur biasa yang             ditetapkan. 
            13.  Kementerian             Pendidikan akan melaporkan             pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL'             dalam keputusan atau sijil             peperiksaan. Pernyataan tersebut             tidak mengubah atau menjejaskan             sistem penggredan dan aggregat             keputusan peperiksaan yang sedang             berjalan sekarang. 
diambil dari blog :http://zainul.com/pafa/
No comments:
Post a Comment