Assalamualaikum semua, disini ingin aku berkongsi sedikit renungan untuk anda sekalian…

Daripada Jahimah al-Sulami, beliau menemui Rasulullah lalu berkata:
“Wahai Rasulullah. Saya ingin berperang. Dan saya datang untuk
berbincang.
Rasulullah bertanya: “Adakah engkau mempunyai ibu?”
Beliau menjawab: “Ya.”
Rasulullah SAW bersaabda: “Dampingilah dia. Sesungguhnya syurga
terletak di bawah di kedua kakinya.”

Hadith Riwayat al-Hakim.
apa yang akan aku kongsikan adalah tentang kehidupan kita seharian, adakah hidup kita seharian ni diberkati oleh ibu bapa kita? adakah di berkati oleh ALLAH S.W.T? atau hidup kita ini semata2 hanya duniawi sahaja?..

fikir-fikirkanlah, sesuatu benda yang kita lakukan, untuk diri kita mahupun diri pasangan hidup kita, mestilah di mulakan dengan keberkatan oleh ibu bapa kita. semua perkara, kecil atau besar, ringan atau berat, yang penting adalah keberkatan dari kedua ibu bapa. Tujuan kita hidup di dunia ni, bukan semata – mata untuk kaya, tapi untuk mendapatkan keberkatan dari ibu bapa, kaya kita setaro mana pun, hebat kita setaro mana pun, tingginya pangkat kita setaro mana pun, kalu hidup tidak ada keberkatan dari ibu bapa, memang merugikan dunia akhirat..

maybe kita tidak sedar benda ni sekarang, tapi kita akan sedar time malaikat maut mencabut nyawa kita, time tu lah kita meronta-ronta untuk di lepaskan, untuk hidup kembali di dunia, untuk beribadat kepadaNya, dan yang paling penting, untuk mendapatkan keredhaan dari kedua ibu bapa..tapi masa tidak dapat di kembalikan lagi, jangan menyesal sewaktu kita mati, menyesal lah sekarang, nak kejar sangat dunia boleh, tapi keberkatan dan keredhaan dari ibu bapa adalah paling penting sekali.. keredhaan ibu bapa = keredhaan ALLAH S.W.T..fikir2 kanlah…