opick-rapuh

Saturday 8 September 2012

lepak

Pendahuluan:
Isu tingkah laku lepak di kalangan remaja mula mendapat perhatian
dalam tahun 1993. Ketika itu diandaikan bahawa tingkah laku ini yang
sering dilabelkan sebagai 'budaya lepak’ begitu menular di kalangan
pelajar sekolah. Masyarakat begitu memberikan perhatian kepada
perkara ini kerana di ruang akhbar sering dipaparkan gambar pelajar
sekolah yang menghabiskan masa sebelum atau selepas sekolah di
kompleks membeli belah. Satu kajian awal tentang tingkah laku lepak
di Kuala Lumpur (Samsudin dan Iran, 1993) menunjukkan bahawa
tingkah laku lepak ini tidak terhad di kalangan pelajar malah lebih
menular di kalangan remaja yang sudah bekerja.
Ada sesetengah pihak yang meragui kenapakah kita perlu heboh
dengan tingkab laku lepak di kalangan remaja? Tidakkah di zaman
remajanya, orang dewasa sekarang ini juga melepak? Begitu juga pada
tahun 1960an dan 1970an juga diperkatakan orang dewasa di luar
bandar kerap duduk di kedai-kedai kopi membuang masa berbual
kosong tanpa mengusahakan tanah-tanah terbiar yang banyak
dikawasan kampung? Persoalan-persoalan tersebut mungkin ada
hujahnya.

Ada yang salah tafsir erti melepak. Mereka mengatakan apa
salahnya remaja melepak dengan bermain bola? Atau yang bertanya
apa salah kalau Temaja melepak sambil berbincang tentang kerja
sekolah? Jika remaja berbincang tentang kerja sekolah atau menonton
permainan bola sepak, mereka sebenamya bukan melepak. Ini
disebabkan mereka mempunyai sesuatu matlamat yang ingin dicapai
dalam sesuatu pertemuan. Tetapi yang dimaksudkan tingkah laku lepak
ini adalah jika remaja berkumpul dan berada di tempat-tempat awam
yang menjadi tumpuan ramai tanpa mempunyai tujuan tertentu atau
tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual
kosong dan bergelak ketawa sahaja.
Negara sekarang ini sedang melalui zaman pembangunan yang
pesat. Dengan pertumbuhan ekonomi melampaui 8 peratus setahun
sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang beranggapan
bahawa negara kita telah pun berada di landasan yang kukuh untuk
menjadi sebuah negara maju. Namun perlu diperhatikan bahawa
pembangunan bukan sahaja menghebatkan dimensi ekonomi, tetapi
juga dimensi sosial dan budaya. Remaja adalah aset negara yang
penting di mana daya sumber tenaga manusia untuk masa hadapan
adalah bergantung kepada remaja masa kini.
Kemajuan sesebuah negara tidak ditentukan oleh kekuatan
tentera dan ekonominya, atau pun keindahan kota raya dan
bangunannya, tetapi oleh kesejahteraan hidup rakyatnya (UNICEF,
1993). Pembangunan sesebuah negara mestilah mengambil kira kualiti
hidup penduduknya termasuklah aspek pekerjaan, kesihatan,
pendidikan, kadar hayat, kadar kematian bayi dan sebagainya. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa pembangunan di Malaysia telah
dapat menangani perkara tersebut dengan baik sehingga perkara
tersebut tidak menonjol sebagai agenda utama pembangunan. Di
sebaliknya, sejak akhir-akhir ini isu berkaitan perilaku remaja dan
gejala sosial yang berkaitan dengannya menarik perhatian orang ramai
dan kerajaan.
Adakah isu remaja dan gejala sosial ini suatu realiti atau sekadar
pernyataan pendapat umum setelah diberikan penonjolan yang
berlebihan dalam media? Media sering melaporkan tentang penagihan
dadah, lepak, bohsia, lumba motor, lari dari rumah, mengandung
sebelum kahwin, ponteng sekolah, hubungan seks sebelum kahwin dan
sebagainya. Begitu juga media mempopularkan 'budaya' hippies, punks,
rokers, heavy metals dan lain-lain. Penonjolan berita tersebut yang ada
ciri-ciri kontroversi sudah tentu mencetuskan perbincangan di kalangan
orang ramai.
Pepatah Inggeris mengatakan, Beauty is in the eyes of the beholder.
Begitu jugalah dengan isu gejala sosial di kalangan remaja. Remaja
tidak menganggap diri mereka bermasalah dan menimbulkan gejala
sosial. Tetapi orang dewasalah yang melabelkan remaja sebagai
bermasalah. Ini disebabkan orang dewasa melihat sesuatu tingkah laku
remaja itu dari kaca mata dirinya, tidak dalam konteks hidup remaja
hari ini. Ukuran yang sering digunakan adalah zaman remaja orang
dewasa itu sendiri. Jika anak muda melampaui batasan nilai dan
norma orang dewasa, maka remaja itu dianggap bermasalah.

Tingkah laku lepak dan gejala sosial
Kajian tingkah laku lepak di kalangan remaja menunjukkan secara
purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu
membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya
di tempat-tempat awam (Samsudin et. al., 1994). Kadar ini lebih
menonjol di kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah
FELDA (28.4 jam) dan kampung tradisional (22.4 jam). Dalam masa
setahun dianggarkan remaja akan menghabiskan 847.6 jam melepak
iaitu bersamaan dengan 35 hari.
Tingkah laku lepak ini adalah lebih ketara di kalangan mereka
yang datang daripada keluarga yang berpendapatan dan berpendidikan
rendah (54 peratus ibu bapa berpendapatan RM700 dan 71 peratus ibu
bapa berkelulusan sekolah rendah). Kestabilan hubungan kekeluargaan
juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja yang mempunyai
kestabilan hubungan keluarga yang tinggi (15.4 jam) secara relatif
kurang melepak daripada mereka yang mempunyai kestabilan
hubungan keluarga yang rendah (19.5 jam).
Jika ditinjau faktor diri remaja itu sendiri didapati mereka yang
menganggap dirinya berprestasi rendah dalam pelajaran atau pekejaan
(26.3 jam) menunjukkan saiz lepak yang secara relatif lebih tinggi
daripada mereka yang mempersepsikan diri mereka sebagai berprestasi
tinggi (17 jam). Umur juga mempengaruhi saiz lepak di mana remaja
berumur 12-15 tahun melepak sebanyak 14.4 jam berbanding dengan
remaja 22-25 tahun yang melepak sebanyak 18.5 jam. Jika faktor umur
dan prestasi diri diambil kira, remaja berumur 23-25 tahun yang
berprestasi rendah menunjukkan saiz lepak yang paling tinggi iaitu 36.1
jam.
Remaja lepak juga didapati rendah dari segi orientasi tugas
(keinginan untuk melaksana dan menyempurnakan tugas) berbanding
dengan orientasi diri (keinginan untuk mendapat ganjaran dan
penghargaan) dan orientasi interaksi (keinginan untuk bersosialisasi dan
mendapat penerimaan rakan sebaya). Diperingkat awal remaja (12-15
tahun) didapati remaja mempunyai orientasi tugas yang lebih tinggi
berbanding dengan remaja yang berumur 23-25 tahun. Dilihat dari segi
etnik, remaja Melayu daripada keluarga berpendapatan kurang RM1,050
sebulan mempunyai orientasi tugas yang lebih rendah daripada remaja
India dan Cina. Remaja Melayu juga didapati lebih inginkan
pengiktirafan (orientasi diri) berbanding dengan remaja Cina dan India.
Tidak ada perbezaan yang signifikan antara etnik dari segi orientasi
interaksi.

Bolehlah dikatakan bahawa masalah lepak di kalangan remaja
berpunca daripada kedudukan sosio-ekonomi keluarga yang
mempengaruhi tanggapan remaja terhadap prestasi dirinya. Begitu juga
nilai yang dipegang oleh remaja. Seramai 73 peratus mengatakan
mereka melepak kerana hendak berjumpa kawan-kawan, 68 peratus
menganggap melepak bukan aktiviti membuang masa, 62 peratus
menganggap melepak sebagai trend remaja masa kini dan 52 peratus
menganggap melepek sebagai cara untuk menghilangkan kerungsingan.
Suasana persekitaran tempat awam adalah faktor tarikan utama
mendorong remaja melepak. Seramai 54 peratus remaja menyatakan
tempat tersebut ada menyediakan hiburan sementara 53 peratus
menyatakan terdapat suasana nyaman di tempat berkenaan. Faktor
kekeluargaan seperti ibu bapa tidak melarang (47 peratus) dan kurang
sedar tentang tanggungjawab agama (47 peratus) juga merupakan faktor
yang mendorong remaja melepak.
Faktor latar belakang keluarga dan juga nilai diri banyak
mempengaruhi remaja untuk melepak. Ini mungkin disebabkan remaja
tidak mempunyai bimbingan yang sesuai untuk menentukan hala tuju
hidupnya. Tidak dapat dinafikan zaman remaja adalah zaman yang
penuh pancaroba. Kajian tingkah laku remaja juga mendapati
kebanyakan remaja tidak mempunyai role model yang boleh mereka
teladani. Selain daripada tokoh politik (38 peratus) yang menjadi role
model (itu pun terhad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohammed, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Bekas Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba), role model lain
yang diteladani oleh remaja adalah ibu bapa (15 peratus), penyanyi,
pelakon, personaliti TV (6 peratus), ahli sukan (2 peratus), guru (2
peratus), tokoh perniagaan (2 peratus) dan tokoh budaya (0.4 peratus).
Adakah aktiviti yang dilakukan oleh remaja sewaktu melepak
menunjukkan kecenderungan melakukan aktiviti devian? Kebanyakan
remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan, bersiarsiar,
berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan melihat
gelagat orang lain atau mendapatkan hiburan. Kenyataan tersebut
menunjukkan secara terbuka remaja tidak melakukan apa-apa aktiviti
yang dianggap devian atau sumbang.
Dalam konteks yang sama remaja juga ditanya adakah mereka
mempunyai kawan-kawan yang melakukan aktiviti devian, didapati 71
peratus mengatakan mereka mempunyai kawan yang merokok, 40

peratus yang menonton video lucah, 39 peratus membaca majalah
lucah, 18 peratus telah mengadakan hubungan seks sebelum kahwin,
25 peratus berjudi, 25 peratus meminum minuman keras, dan 14
peratus mengambil dadah. Remaja yang secara relatif lebih banyak
mempunyai kawan yang bertingkah laku devian adalah remaja yang
telah bekerja dan juga remaja yang menganggap dirinya berprestasi
lemah.
Kecenderungan untuk memberikan perhatian kepada isu lepak ini
ada kaitannya dengan kebimbangan orang ramai dan juga kerajaan
terhadap kes-kes deviain yang melibatkan remaja. Kes jenayah yang
melibatkan remaja dilaporkan semakin meningkat. Menurut laporan
polis, daripada 1,770 tangkapan juvenil pada tahun 1990 telah
meningkat kepada 2,036 kes sehingga November 1994. Begitu juga
dengan kes remaja lari dari rumah. Pada tahun 1990 jumlahnya adalah
1, 578 kes dan telah meningkat kepada 2,267 kes pada tahun 1993.
Daripada jumlah tersebut, 58 peratus (1,318 kes) melibatkan remaja
Melayu, 18 peratus (407 kes) melibatkan remaja Cina dan 24 peratus
(542 kes) melibatkan remaja India dan lain-lain etnik. Antara Januari
hingga Oktober 1994 pula didapati 34 kes membuang bayi dilaporkan.
Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding pada tahun 1988
dimana hanya 5 kes yang dilaporkan.
Menurut laporan Badan Petugas Anti Dadah, Kementerian Dalam
Negeri, sekarang ini terdapat lebih kurang 180,000 penagih dadah yang
berdaftar. Menurut satu pendapat bahawa untuk setiap satu penagih
yang melaporkan diri akan terdapat 3 lagi penagih yang tidak berbuat
demikian. Jika angka ini diterima, jumlah penagih di Malaysia tidak
kurang daripada 500,000 orang. Ini adalah satu angka yang
membimbangkan kerana sebahagian besarnya melibatkan remaja.
Kajian di barat menunjukkan bahawa di antara mereka yang menagih
dadah bermula dengan menghisap rokok. Kempen anti merokok yang
telah dijalankan nampaknya kurang memberi kesan kerana remaja
masih lagi menganggap merokok adalah satu cara untuk menunjukkan
kematangan diri mereka.
Remaja dan pendedahan media
Media massa dikatakan mempunyai pengaruh terhadap pembentukan
realiti sosial remaja. Media dianggap sebagai jendela dunia untuk

remaja kerana melaluinya remaja dapat melanjutkan jangkauan
pengalamannya yang terhad kepada dunia luar. Oleh kerana
pengalaman yang terhad, remaja berkemungkinan menerima imej media
tentang sesuatu isu sebagai satu realiti. Pengalaman daripada budaya
media inilah yang akan mempengaruhi remaja dari segi gaya hidup,
hubungan seks, pemilihan pakaian, hubungan rakan sebaya,
penggunaan dadah dan minuman keras dan lain-lain peri laku berkaitan
hidup seorang remaja.
Kajian-kajian di barat mengakui bahawa remaja menggunakan
televisyen untuk membuat ketentuan tentang sesuatu situasi yang mana
mereka tidak mempunyai pengalaman secara langsung (Hawkins dan
Pingree, 1982). Kajian di barat juga menunjukkan bahawa televisyen
mengambarkan realiti sosial yang amat berbeza dengan realiti
sebenarnya. Mereka yang mempunyai pendedahan televisyen yang
tinggi akan terpengaruh dengan realiti yang dipaparkan oleh televisyen
disebabkan kesan penyuburan dalam jangka masa yang lama (Gerbner
dan Gross, 1976 dan Gerbner et. al., 1980).
Thornton dan Voigt (1984) juga mendapati terdapat hubungan di
antara remaja daripada klas sosio-ekonomi rendah dengan pendedahan
yang tinggi kepada rancangan televisyen yang bercorak ganas dan
keterlibatan mereka dalam kesalahan juvana. Walau bagaimanapun
perlu diberikan perhatian bahawa remaja juga mempunyai skemata
yang boleh membuat tafsiran realiti sosialnya. Dengan itu kesan media
massa terutamanya televisyen perlu dilihat dalam konteks keupayaan
memproses maklumat, sistem kepercayaan, pengalaman lalu, rujukan
sosial seperti rakan sebaya, hubungan kekeluargaan dan sejauh mana
kritikalnya remaja terhadap imej media yang diterimanya.
Dari segi pendedahan media di kalangan remaja yang melepak
(Samsudin et.el., 1994), didapati bahawa majoriti remaja meminati
rancangan bercorak hiburan. Majalah seperti Gila-Gila, URTV, Remaja,
Roda-Roda, Humor, Varia Sari, Smashit dan Pesta lebih diminati daripada
majalah seperti Dewan Masyarakat atau Siswa..
Di kalangan mereka yang berprestasi lemah, minat terhadap
rancangan hiburan dalam TV adalah lebih tinggi (62 peratus) berbanding
dengan pendedahan kepada rancangan lain (seperti berita 23 peratus,
agama 16 peratus dan sukan 37 peratus). Jika dilihat di kalangan
remaja yang mempersepsikan diri mereka sebagai berprestasi tinggi,

pendedahan kepada rancaugan TV adalah lebih seimbang (49 peratus
meminati rancangan hiburan berbanding dengan 57 peratus berita, 46
peratus agama dan 51 peratus sukan).
Satu perkara yang perlu kita akui ialah program import pada
umumnya memaparkan nilai yang tidak sejajar dengan nilai dan budaya
tempatan. Masyarakat Amerika sendiri menolak nilai yang dipaparkan
melalui televisyen mereka. Di sana konsep program televisyen yang
bercorak edutainment atau infotainment kurang diberikan perhatian
kerana stesen televisyen utama adalah bersifat komersial. Justeru itu,
program televisyen juga lebih mementingkan nilai komersial kerana
program sedemikian akan dapat menarik rating penonton yang tinggi
dan kutipan yang maksimum daripada iklan. Tidak dapat dinafikan
bahawa program edutainment ada kesan positifnya. Misalnya program
Roots dan Roots: The Next Generation yang disiarkan melalui stesen
komersial telah meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu etnik
dan prasangka antara etnik (Ball-Rokeach, Grube, dan Rokeach, 1981).
Begitu juga dengan program Hum Log telah dapat meningkatkan
kesedaran di kalangan penonton di India tentang status wanita,
perancang keluarga dan pembentukan peribadi dan moral (Singhal dan
Rogers, 1989).
COPY BY:SH AMNI SYAZANA

No comments:

Post a Comment