1.Berpuasa:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah 
nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat 
mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa 
berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada
 waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa 
berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral 
dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu 
baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS
 protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan 
kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan 
pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan
 yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu 
dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin 
dalam badan.
2.Penjagaan makanan:
Cara makanan yang baik 
adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti 
nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan
 besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. 
Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan 
kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana 
yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah 
apa yang kita makan. Kueh-mueh Tidak patut makan dengan banyak. Seperti 
yang ditulis diatas kueh banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh 
menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti 
jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.
3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera:
Penjajahan
 barat bukan setakat mengongkong politi dan ekonomi kita agar serasi 
dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang 
kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan 
barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan 
makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan 
yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa 
tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu 
sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan 
kegemukan.
4.Bersenam:
Bersenam perlu diamalkan 
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit 
satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila 
perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan
 mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu 
sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan
 kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan 
baik akibat kekurangan bekalan oksigen. 
5.Kawal nafsu makan:
Makanan
 yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan 
yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian 
kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya 
tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi 
perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu 
sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang 
yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk 
setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda,  kawal nafsu 
makan hari ini untuk keselesaan hari esok.
COPY BY SH AMNI SYAZANA
  
No comments:
Post a Comment