SAIYIDINA ABU BAKAR AL SIDDIQ R.A.
Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi
bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap
paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya,
kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam
menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya
ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari
bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling
akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin
Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya
dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum
memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi
akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh
pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih
muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul
lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap
paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi
Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah
mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina
Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana
sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad
S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu
Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana
Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.
Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah
mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri
Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dan Tanah Haram.
"Benar, jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?
"Benar, ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?
"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal
yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan
jika aku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak
memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku
yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu
oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur.
Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya
dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan
kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya
kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang
tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata,
"Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku
tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum
meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan
selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan
beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah.
Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah
engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi!
Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah
satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku
sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai
Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan
terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang
diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan
maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair
kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang
telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi
sebelumku.
Akhirnya aku benkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan
sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad)
sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya
Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang
pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa
penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah
maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin
Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak
beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling
utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W.
Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita
ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru
seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu han menanyakan Rasul, "Siapakah di
antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau
laki-laki adalah bapanya.
Selain danipada itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah
seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah
lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya,
"Jika ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi
iman Abu Bakan. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita
memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya
itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan R.A. adalah
lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela din
Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu
Bakar R.A. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk agama Islam, Saiyidma Abu
Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan
meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa
raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga
oleh kerana kegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa
pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan
seluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap
atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian
dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan yang paling
terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj
segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W.
telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang
dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A.
tidak lain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang
tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu
Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka,
"Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka
sungguh benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau
percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan
pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh, "Benar! Aku
percaya! Malah lebih dan itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit
diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan
sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang
dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah
diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang benar.
Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu.
Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan
seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu benkata benar, tak pernah bohong; orang
amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau
mengimani sahabatnya itu Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada Tuhannya.
Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada
sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman orang-orang musynikin Quraisy tenhadap
kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi
Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di numah Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk
mencani jalan keluar danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin.
Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah S.W.T.
telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu
Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira
tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina Abu Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah
S.A.W.
Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. Rasulullah
S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang
dibeni nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang
rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana
Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah
Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq, sebagai orang kedua sesudah Nabi
s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan situasi dan
kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul benkata, "Apakah yang
menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah S.A.W., diriwayatkan berkata selanjutnya untuk
menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu Bakan, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam
gua ini kita masih dapat melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil
menunjukkan ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa
terkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal
pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar R.A.
tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh pihak musuh
tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pennah
berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya
terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat
dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh
ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antana dua orang sahabat tatkala dalam gua itu ada tersebut
dalam Al Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 40: "Kalau kamu tidak menolongnya
(Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam
keadaan berdua orang sahaja di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada
sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita.
Tuhan menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak kamu
lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah dan perkataan
Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq
sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan bersama-sama
Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh
dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua peperangan yang dihadapi oleh
baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya
bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali
berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis
dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para
sahabat beliaulah tergolong onang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telah meminta
kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba
datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di
antara dua tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu
Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata
kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu
kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah
dan RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu
contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan
besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa
tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu
Bakan Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat
ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakan R.A.
Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T.
untuk menjadi teman akrab Rasulullah s.a.w
Pada suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara
lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih dunia dan
memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih
dunia, melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah
Nabi demikian itu Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan
terharu sebab beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah
tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian
kelebihan Saiyidina Abu Bakar R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana
beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya
Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya
kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah
diselubungi kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa
sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., "Rasulullah tidak
wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah
menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada
kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di
suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau
dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul
mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu
Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah
S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan
mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan
betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai
yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras:
"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad,
maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah
selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti
rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke
belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan
sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur.
Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun
terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya
tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah
dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika
Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang
Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang
difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan
pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi
setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan
Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul
Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin
memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah
ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam
sembahyang tatkala baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina
Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya baginda
berkata:
"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin
kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika
pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang
lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan
haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus
mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak
semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika
aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan
menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk
urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah
adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda
terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada
kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah
dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur
ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat
biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada
orang memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena memintas cakap orang
itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari
setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan membawa
barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di
antananya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata,
"Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A.
bertanya, "Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah
tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun
kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang
kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari hanta kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka
menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari
Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha penniagaannya
kerana hendak memusatkan selunuh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam
baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira
lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk
keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memenintahkan supaya
pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya
menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan
oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat
kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri
hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda
telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke
rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al
Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa
mengingatkan Saiyidma Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan
bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu
tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan bianpun yang demikian itu amat berat bagi
jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:
"Denganlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan
laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum
matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al
Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat melupakan kamu
dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala
Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah
manusia ditimpa bencana yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku
melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah,
dan pasti pula kota Madinah mi telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakan
Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas
pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi
berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya. Baginda
telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah
terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh
dengan ibarat, penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah
mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang
pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi
memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan
baginda telah mengakhiri niwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan
sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian danpada negeri Iraq, lalu pulang ke
rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda
dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Madinah. Semoga niwayat serta
penjuangan baginda menjadi contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.
COPY BY: NUR HANIZAH
No comments:
Post a Comment