Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar
Posted on 14 Mac, 2008 by admin    
Masalah
 disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk 
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan 
hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk 
sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku 
dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
            Masalah
 ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian 
ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka 
sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih 
sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan 
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik 
perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang 
menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
            Sementara
 itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan 
drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah 
menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan 
masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
 tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan 
kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
            Rakan
 sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. 
Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang 
sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka 
berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. 
Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar 
itu akan turut merosot dengan drastiknya.
            Tambahan
 pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini 
turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak 
sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak 
mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang 
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan 
oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan 
guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan 
disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut 
menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
            Malah,
 ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut 
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat 
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah 
dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka 
habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih 
berdisiplin.
            Kemelut
 ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan 
masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka 
daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi 
ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. 
Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
            Kesimpulannya,
 kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban 
hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan 
sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
COPY BY: SH. AMNI SYAZANA 
No comments:
Post a Comment