Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat
lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada
angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan
sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu
daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia.
Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan
oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah
diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok
sekarang ini berterusan!
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh
dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
setiap lapan saat,
seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok
dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
Di kalangan
negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang
mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok
yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
60,000
hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari
secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
Separuh
daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan
tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan
penyakit paru -paru yang kronik.
Terdapat lebih daripada 4,000 bahan
kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik,
63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh
menyebabkan kerengsaan.
Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:
Fakta sepintas lalu
Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
Bilangan
remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua
kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004,
bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga
8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa
hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
Berdasarkan
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok
menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Perspektif
Untuk
mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan
bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat
membimbangkan
Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
Bertindak
secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini
secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi
kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
Sebarang
kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan
usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan
negara.
Tabiat merokok adalah satu penagihan
Tembakau
mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin.
World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa
nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan
yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang
cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin
secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah
lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan
pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu
kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan
Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap
sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram.
Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia
15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga
kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok
setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda
jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.
Dipetik daripada laman web Bhg. Pendidikan, Kementerian Kesihatan malaysia
http://www.infosihat.gov.my/taknak/KempenTakNak.php
Copy by:Fatimah
No comments:
Post a Comment