Bumi
secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena
alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat
dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai
'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini. Apabila
manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti harian,
pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi
'memikul' beban pencemaran tersebut.
2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan,
terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran
yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan
pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk.
Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya
industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun
yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.
Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur
dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon
dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh
mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan
toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan
teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran.
Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang
adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang
tinggi.
3. KENDERAAN MOTOR
Masyarakat moden amat
bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api
fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk
kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung
kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga,
tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam
sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada
pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan mengurangkan impak
pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004, 14 juta kenderaan
berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding
dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun
dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan
kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.
4. PENJANAAN KUASA
Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api
fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis
ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga
selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86
peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional
manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
5. AKTIVITI HARIAN
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga
untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan
penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat
ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan
melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan
lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga adalah punca pencemaran udara.
6. PEMBAKARAN TERBUKA
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula
banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada
jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap
menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala
fauna dan flora di sekitarnya.
COPY BY SH AMNI SYAZANA
No comments:
Post a Comment