Tuntutlah
ilmu sepanjang hayat. Jangan selesa apa yang diperolehi pendidikan
secara formal di sekolah, kolej atau uni sahaja. Agama kita menganjurkan
supaya menuntut dan mendalami ilmu dengan matalamat untuk bertaqwa dan
beribadat kepada Allah swt. Menuntut secara berterusan secara informal
perlulah diusahakan seperti menghadiri kelas-kelas pengajaran agama di
Masjid atau surau, di pusat-pusat ilmu yang lain dan menimba ilmu
melalui rujukan daripada buku-buku yang boleh dibeli atau diperolehi di
Perpustakaan.
Allah berfirman:
"Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat".
-( Surah Al Mujadalah: 11)
Menuntut
ilmu adalah ibadah, tempat-tempat mengkajinya adalah bertasbih,
membahasnya adalah jihad, mengajarnya kepada orang yang belum
mengetahuinya adalah sedekah, mendermakannya kepada keluarganya adalah
mendekatkannya kepada Allah swt.
Dia adalah sahabat setia dalam
kesendirian dan manakala dalam kesepaian, serta menunjukkan pada agama.
Kerananya Allah swt akan mengangkat sejumlah kaum sekaligus
menjadikannya berada dalam kebaikan dan menunjukkan manusia pada
kebaikan pula. Kerananya, dia mengesakan Allah disembah dan ditaati.
Keranaya , dia bersikap wara', kerananya persaudaraan terjalin dan
kerananya pula dia mengetahui antara halal dan haram.
sabda Nabi saw:
"Manusia
yang terbaik ialah mukmin yang berilmu, jika diperlukan dia berguna.
Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat mengurus dirinya sendiri'
-(HR Al Bukhari dari Abu Darda')
Nabi saw bersabda mengenai kelebihan ilmu dari ibadah dan mati syahid;
"Kelebihan
orang yang berilmu dan orang 'abid (orang yang banyak ibadahnya)
seperti kelebihanku dari orang yang paling rendah dari sahabatku"
Tanpa ilmu pengetahuan yang sebenar, tidaklah sempurna ibadat yang diamalkan oleh seseorang.
No comments:
Post a Comment