1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan
pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting
dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang
manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan
balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak
melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan
yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan
tindakan yang salah di sisi agama.
2. Peraturan yang Tegas: Perlu
ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya
terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa
“memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat
atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu
pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli.
Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan
hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang
lain.
3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik,
media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab
social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang
mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja
untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media
juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan
kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa
menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.
4.
Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak
berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic
seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah ibadat, perhentian
bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara
ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.
5.
Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan
kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara
bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan
masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus
kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan
tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka
dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa
buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan
kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak
menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak
membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi
semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.
Copy by:Fatimah
Tq.banyak membantu
ReplyDeleteTq.banyak membantu
ReplyDeleteTq...this it help me alot..!
ReplyDeleteTq...this it help me alot..!
ReplyDeleteTq.... It so helping...
ReplyDeleteTp it's help me
ReplyDelete