1.
 Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan
 kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat 
tidur dalam keadaan berwuduk.
   2. Sesiapa yang berselawat tidak 
kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam 
apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
   3. Sesiapa
 yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada 
sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
   4. 
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan 
sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
 
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan 
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
   6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan 
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang 
lainnya sebagai simbolik kesopanan.
   7. Amalkan membaca selawat 
sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan 
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
   8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai 
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun 
hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
   9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan 
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu 
pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW 
makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali
 beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut 
Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat,
 saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh 
para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh
 kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan
 sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya 
terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan 
suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa 
yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima 
waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua 
masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
 berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir
 dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa 
kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali 
selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil 
bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit 
ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan 
penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali 
tiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya
 daripada sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam
 hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan 
sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat
 Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam 
riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. 
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan
 memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. 
Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di 
kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur 
setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH 
segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi 
tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup 
telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – 
Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan 
petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
 kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam 
keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan 
berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut 
As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara 
hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi 
berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana 
bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat 
sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal 
mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya 
Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda
 mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya 
yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat
 menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 
70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun 
(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
 adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang 
berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk
 menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – 
bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80
 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan 
dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan 
rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau 
letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – 
Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, 
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas 
RahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku 
sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat
 dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH
 akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu 
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda 
penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang
 amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH 
dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya 
ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba 
terhadap ALLAH – Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas 
Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita 
serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga 
kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri 
salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau 
beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat 
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 
kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan 
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan 
usaha yang berterusan.
No comments:
Post a Comment