Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan
 perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui 
perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang 
tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi dan yang 
mengkaji spektrum warna.
Waktu Subuh
Alam
 berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi 
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda 
atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan 
komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat
 secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah 
komunikasi dan rezeki. Ini
 kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang
 mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang
 dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat
 kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya
 saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. 
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada 
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah 
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah 
kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada
 waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis 
yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. 
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan 
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini 
terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni 
amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam 
berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh 
orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum 
warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan
 ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka 
resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga 
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) 
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
 mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah 
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam 
berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu 
Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana 
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap 
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
 berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. 
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem 
tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula 
bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di 
mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, 
talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini
 dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan 
waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan
 kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam 
kaedah meditasi dan berbagai cara yang lain daripada penjagaan 
solat, untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai 
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat
 oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap 
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah 
s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan 
penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat 
memerlukannya.
Dr Jaffry Hassan
Copy by:Fatimah 
No comments:
Post a Comment