KEBAIKAN MENUTUP AURAT
Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan
 manusia sejagat.Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan 
dilansanakan sepunuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu 
mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara 
perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut 
ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.
1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)
“Ada
 dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; 
sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka 
mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun 
telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip
 punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga 
dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari 
jarak yang jauh” (HR. Muslim).
Imam An-Nawawi rahimahullah
 menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian 
namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan 
menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan
 inginkan perhatian di khalayak ramai…
Saya ULANGI AYAT INI…
“Wanita-wanita
 yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebahagian 
tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya dengan maksud menunjukkan 
kecantikannya DAN menaikkan nafsu secara sulit kepada orang yang berada 
di sekelilingnya.
2. Terhindar dari masalah MAKSIAT
Banyaknya
 maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri.
 Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi
 Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang 
lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” (HR. Bukhari)
 Jikalau
 wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal 
wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak 
lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang??? 
Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini telah terbukti dengan 
tingginya masalah  di negara-negara Eropah (wanitanya tidak 
berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap 
hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara 
tersebut sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama 
penjenayah yang berbeza setiap hari.
3. Memelihara kecemburuan lelaki
 Sifat
 cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki
 agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu 
merupakan sifat terpuji dalam Islam.
 “Allah itu cemburu 
dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang
 mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)
Bila
 jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika 
terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang TIDAK 
BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya buktikan???Buktinya,lihatlah pada 
artis-artis yang anda puja selama ini,mereka sering menghadapi konflik 
rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan diri di khalayak ramai
 dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah 
kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya 
bentuk tubuh anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima 
SEKSANYA.....
4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga
 “Dalam
 syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka 
tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci 
dan kekal dara).” (QS. Ar-Rahman: 56)
 “Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)
 “Mereka laksan telur yang tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan
 berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu 
menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, 
yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah 
merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???
5. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser
 adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh 
berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat 
kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat 
kimia, dan sebagainya.
Penelitian kajian menunjukkan 
kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang 
menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang 
orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar 
matahari.Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada 
laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya 
kanser kulit.
Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh 
dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan 
berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari 
sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju 
ketat. Kenapa? Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh 
menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab 
disini haruslah sesuai kriteria jilbab iaitu pakaian yang tebal dan 
menutup seluruh bentuk tubuh anda.
6. Melambatkan gejala penuaan
Penuaan
 adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang 
iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. 
Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, 
dan lain-lain.Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar
 matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan 
penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan 
bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk 
mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. 
Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan 
dan kelenturan kulit.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap 
muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit 
secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi 
tubuh dengan jilbab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap 
muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar 
membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab 
bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga 
membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….
Ternyata
 jilbab bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat 
duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya,
 namun juga membuat kulit terlindung dari penyakit kanser dan proses 
penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui 
syariat islam yang sempurna.
Allah SWT berfirman 
yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta 
janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang 
jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; 
dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah 
(perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak 
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu -
COPY BY:NUR HANIZAH AHMAD 
No comments:
Post a Comment