Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di 
institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai 
sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir 
menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu
 penggunaan perpustakaan .
Masyarakat ramai juga tidak terlepas 
dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan 
pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan 
mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita 
panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :
Pendidikan dalam Internet
Kini
 terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang 
menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar 
bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan 
penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke 
dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan 
menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para 
pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan 
menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam
 sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga 
penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam 
talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan 
tersebut.
Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi
 salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli 
barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan 
Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan 
perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian
 korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini 
orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Perubatan dalam Internet
Internet
 menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para
 doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah 
kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' 
sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah 
merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang 
begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai 
contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan 
data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. 
Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa 
yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, 
pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada 
berbatu-batu dari bilik pembedahan.
Copy by:Fatimah 
No comments:
Post a Comment