Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya
Langkah-langkah Mengurangkan Kadar Kemalangan di Malaysia
Dasawarsa
ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi
fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar-akhbar tempatan di Malaysia.
Keadaan ini semakin merunsingkan apabila banyak kejadian yang melibatkan
kemalangan jiwa berlaku. Justeru, sebelum, nasi sudah menjadi bubur,
langkah-langkah pragmatik perlu diimplimentasikan bagi mengatasi masalah
ini.
Pertama,
penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan lebih tegus dan
tegas. Peraturan-peraturan jalan raya seharusnyan dikaji semula dan
ditambah baik bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.
Penguatkuasaan undang-undang seperti larangan perjalanan bas ekspres
pada waktu malam seharusnya dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh,
bukannya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Menurut Ibu Pejabat
Polis Daerah Bukit Aman, kes kemalangan melibatkan bas ekspres menurun dengan
rancaknya sebanyak 15.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008 selepas
undang-undang tersebut dilaksanakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, kadar kemalangan dapat
diminimumkan.
Selain
itu, pihak kerajaan juga perlu memastikan pengurusan kenderaan awam
cekap dan efisien. Kelancaran sesebuah perjalanan itu amat bergantung
kepada kecekapan pemandu dan kondisi kenderaan tersebut. Sehubungan
dengan itu, pihak pemaju perlu menyediakan perkhidmatan secara berkala
dan menjalankan pemeriksaan secara konsisten bagi menjamin kualiti
pengurusan sesebuah syarikat kenderaan itu. Proses pemilihan pemandu
juga perlu diteliti semula agar hanya mereka yang benar-benar layak
sahaja diterima bekerja. Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, satu
system pemilihan pemandu bas ekspres yang standard akan dilaksanakan
mulai penggal kedua tahun 2009. Maka jelaslah, pengurusan syarikat
kenderaan awam yang mantap amat vital bagi menurunkan kadar kemalangan
jalan raya.
Di
samping itu, kerajaan boleh melaksanakan kempen-kempen bagi menerapkan
kesedaran kepada seluruh warga Malaysia. Modus operandi utama kempen ini
dijalankan adalah untuk menimbulkan nilai moral dan sivik serta
menyuntik etika dalam kelangan rakyat. Prakarsa ini dapat dijalankan
dalam semua peringkat meliputi sekoalh, negeri, mahupun di peringkat
kebangsaan. Pendedahan awal kepada kanak-kanak misalnya amatlah wajar
kerana pada ketika inilah mereka mudah dibentuk mengikut acuan yang
sebenar, bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Maka
tidak hairanlah apabila Kementerian Pelajaran sendiri berganding bahu
dengan Kementerian Pengangkutan melaksanakan program “Keselamatan Lalu
Lintas dan Jalan Raya” yang dianjurkan saban tahun. Justeru, sudah
terang lagi bersuluh, kempen-kempen tersebut berupaya untuk menurunkan
kadar kemalangan.
Akhirulkalam,
isu kemalangan jalan raya ini perlu dipandang serius oleh pucuk
pimpinan negara khususnya. Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu
bekerjasama menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah ini secara total.
Ingatlah, “pandu cermat, jiwa selamat!”
COPY BY : SH. AMNI SYAZANA
No comments:
Post a Comment