Remaja
 lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat
 kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk 
dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar
 sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak 
tertentu namun masalah ini tetap berlaku.
Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. 
Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar 
terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka
 suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya 
bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan 
karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut 
pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah 
mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak 
lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir 
daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan
 bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak 
gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini. 
 Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama 
di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam 
mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi nanusia yang berguna. Agama 
Islam khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu 
bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan 
ajaran agama alan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar
 sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa 
yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati 
ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah 
meninggalkan keluarga mereka. 
 Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan 
sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku 
pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak 
mereka alan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa yang membawa 
perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari
 rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara
 anak-anak mereka ini alan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka
 tersisih. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika 
tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan 
dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup 
melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka. 
 Sesetengah keluarga mempunyai saiz rumah yang terlalu kecil. Hal ini 
menyebabkan rumah mereka terlalu sempit. Kadang-kadang remaja lelaki 
terpaksa tidur di ruang tamu. Bilik-bilik lain dihuni oleh ibu bapa dan 
anak perempuan. Lama-kelamaan timbul rasa bosan di hati mereka. Mereka 
alan mencari rumah lain yang mampu memberikan keselesaan untuk mereka. 
Akhirnya jika ada rakan- rakan yang mengambil tindakan lari dari rumah 
untuk tinggal di rumah yang lebih selesa mala mereka alan mengikutnya. 
 Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga keluarga yang amat miskin. 
Remaja yang sering keputusan duit alan cuba mencari kemewahan dengan 
mencari pekerjaan. Mereka sanggup bekerja di mana sahaja walaupun dengan
 tangga gaji yang rendah. Hal ini kerana mereka ingin menikmati 
kemewahan. Oleh itu, jika ibu bapa gagal memberikan kemewahan, remaja 
itu alan mengambil tindakan lari dari rumah sebagai jalan penyelesaian. 
 Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan 
bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa hams memastikan pergaulan 
anak-anak mereka agar tidal melampaui batas.. Seandainya anak-anak 
mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa hams bijak 
menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini. 
 Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman 
terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga teat 
kepada perintah agama, mereka takut untuk melakukan kesalahan dan 
kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama 
akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama 
akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut. 
Pihak
 berkuasa, khususnya pihak polis boleh menangkap remaja-remaja yang lari
 dari rumah. Seandainya terdapat ibu bapa yang membuat aduan di balai 
polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari’ maklumat bagi menangani 
masalah ini dengan segera. Tindakan berlengah-lengah alan menambahkan 
kebuntuan bagi menyelesaikan masalah ini. Tindakan menangkap dan 
menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan 
baik. 
 Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua 
pihak memai peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap
 gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, 
gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini. 
No comments:
Post a Comment