Kelebihan Membaca Al-Quran
banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran. Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran
dikunjungi para syaitan dan dijauhi 
para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit 
kebaikan dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh 
Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat 
satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah 
gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir 
kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam,
 dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: 
“Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab 
mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan 
itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu 
bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. 
telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala 
memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan 
oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang 
sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu 
bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, 
dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat 
Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut 
wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, 
berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar 
untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak 
begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. 
Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus 
berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah 
kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al
 Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis 
pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah 
tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah 
SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik 
pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita 
sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh 
khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku
 , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak 
khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak 
puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada
 empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang 
kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, 
kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa
 ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang 
merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca 
al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah
 itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.COPY BY: NUR HANIZAH
No comments:
Post a Comment