Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak
Posted on 25 Mac, 2008 by admin    
Anak-anak
 merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan 
suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah 
keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan 
kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai 
penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang 
senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa.
 Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak
 berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah 
disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini 
boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara 
pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. 
Terdapat
 banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. 
Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi 
tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa 
balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak 
yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika 
merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan 
ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang 
merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang 
tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan
 memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah 
dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu. 
Faktor
 lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah 
kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang
 melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas 
terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan 
lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. 
Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya 
diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih 
sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga
 janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik 
untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya 
hati kita lebih tenang.
Ada
 juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah 
tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin 
disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih 
garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai 
kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan
 anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. 
Selain
 itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini 
ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat 
penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang 
terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti 
ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. 
Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap 
umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan 
kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu 
azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik 
seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita. 
Masalah
 penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera.
 Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen 
“Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab 
mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana
 keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup
 pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan 
tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit 
sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak. 
Pihak
 yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
 mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja 
yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang 
boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal 
mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. 
Pihak-pihakyang
 berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan
 pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan 
rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi 
menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah 
berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk 
mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan 
baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. 
Kesimpulannya,
 penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh
 agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk 
menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan 
keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang 
sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk 
membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka 
selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak 
mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi,
 sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia 
tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di 
akhirat nanti. 
 COPY BY: SH. AMNI SYAZANA
No comments:
Post a Comment