opick-rapuh

Friday 13 April 2012

Cara Buat Cupcake

Resipi Fondant Icing - Mashmallow Fondant Recipe

Ramai yang dah mula buat cupcake guna fondant icing. Nampak lebih kemas dan cantik. Tapi, nak buat fondant icing tu bukan senang. Nak senang, boleh beli yang dah siap buat kat baking shop seperti Bagus atau Bake With Yen. Harga dalam M15.00 per kg untuk kualiti sederhana, RM50.00 untuk 2 kg untuk kualiti terbaik.

Kalau nak buat sendiri, boleh try Mashmallow Fondant
16 oz miniature marshmallows (yang kecik boleh beli kat bakery shops)
2 lbs. gula icing
2 sudu besar air
Crisco (shortening) 1/2 cawan.
Cara:
1. Lumurkan crisco atas meja tempat menguli dan tangan.
2. Cairkan mashmallow dan air dalam microwave hingga sebati dan licin. Pastikan dikacau setiap 30-45 saat.
3. Masukkan 3/4 daripada gula yang disediakan dan kacau sehingga sebati.
4. Keluarkan dari bekas ke atas meja (yg dilumrkan dengan crisco tadi). Uli dengan tangan sehingga mendapat doh yang liat.
5. Simpan doh dengan plastic wrap dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digunakan. Kalau

Atau tengok video ni:

Selamat mencuba!

Nanti saya share video decoration guna fondant. 
Posted By :Resipi Icing.
Copy By:Alisya Nadzira

No comments:

Post a Comment