opick-rapuh

Monday 23 April 2012

Diantara Algebra Dan Al Jabbar.


DIANTARA ALGEBRA DAN AL JABBAR

aljabar
Semasa saya menuntut di alam persekolahan, subjek yang paling amat saya gemari adalah Ilmu Hisab atau Matematik. Dalam sehari paling kurang saya menghabiskan masa selama 8 jam untuk mempelajari dan menguasai ilmu ini. Persoalan dan agendanya bukanlah perihal diri saya tetapi segalanya bermula apabila saya mula mendalami ilmu komputer selepas tamat pengajian SPM saya, dan di situ barulah saya mengetahui bahawa matematik yang saya pelajari di sekolah dahulu rupa-rupanya banyak memberi manafaat dalam bidang lain terutamanya bidang IT dan komputer di masa kini. Salah satu modul penting dalam matematik yang berkait rapat dengan bidang komputer itu sendiri adalah ALGEBRA.
Bermula kisah sekitar tahun 1999 apabila saya bertemu dengan seorang pensyarah dari sebuah Universiti tempatan dan beliau merupakan seorang yang master atau pakar dalam bidang matematik. Saya hanya menyatakan bahawa saya amat meminati ilmu hisab tetapi saya kurang mengerti adakah semua ilmu ini adalah hasil kebijaksaan dan kecendiakawan orang barat kerana kebanyakan istilahnya pun nampak lebih moden dan sebutannya pun dalam bahasa Inggeris tentunya saya berfikiran ilmu hisab ini adalah berasal dari orang barat. Beliau bertanya pada saya, “Siapakah yang menemui  ilmu Algebra”, saya tak dapat menjawabnya kerana saya hanya mempelajarinya tetapi tidak tahu asal usulnya. Katanya orang yang mula menemui ilmu ini adalah seorang ilmuan dari negara timur tengah yang beragama Islam yang dikenali sebagai AL JABBAR. Katanya ilmu Algebra yang kita pelajari hari ini hanyalah serpihan kecil dari ilmu Al Jabbar yang sebenarnya. Kata beliau sekiraya kita dapat mengusaai penuh ilmu Al Jabbar ini kemungkinan kita akan menemui sesuatu yang amat luar biasa dan yang amat besar kuasanya. Itu yang membuat saya terfikir kenapa Bapa Fizik Dunia seperti Albert Einsteein tidak berjaya menyelesaikan misi kajianya tentang Pengembaraan Merentasi Masa.  Sehingga kini tiada cerdik pandai selepas beliau yang dapat meneruskan usaha beliau yang dianggap Projek Gila yang tidak logikalnya di dalam ilmu sains bahawa manusia boleh merentasi waktu iaitu mengembara ke masa hadapan atau balik ke zaman silam. Mungkin beliau juga sedang mengkaji ilmu Al Jabbar, tetapi tidak menemui penyelesainya.
Pensyarah tersebut mula bercerita siapakan sebenarnya Al Jabbar, katanya beliau seorang yang amat alim dan seorang ilmuan di hidup zaman pemerintahan khalifah arrashiddin. Mengikut sirahnya kehebatan ilmu Al Jabbar ini telah menghasilkan sesuatu yang amat luar biasa dan luar dari jangkauan logikal akal manusia, antaranya pengikut Al Jabbar yang mengusai ilmunya sehingga boleh berterbangan seperti burung di langit, bagaimana fitrah manusia itu boleh terbang kalau tanpa ilmu yang sungguh luar biasa, yang pasti Al Jabbar bukan mengajar ilmu sihir atau mengguna kuasa jin tetapi inilah ilmu kurniaan Allah swt  yang maha agung kerana kita adalah makhluk yang terbaik ciptaannya kerana itu kita dianugerahi dengan akal dan akal itu adalah makam bagi ilmu-ilmu Allah untuk manusia.
Ceritanya lagi, pada suatu ketika bila malaikat turun ke bumi, terlihat olehnya akan manusia-manusia yang berterbangan di angkasa, malaikat tersebut amat terkejut dan pelik bila manusia terbang seperti burung. Malaikat itu kembali bertemu Allah dan bertanya siapakah dia manusia itu, jawab Allah mereka adalah pengikut Al Jabbar. Selepas dari itu malaikat tersebut telah turun kebumi kerana ingin bertemu dengan Al Jabbar. Apabila malaikat itu sampai di pinggir kota lalu dia menukarkan dirinya seperti manusia biasa, waktu berada di pinggiran kota itu beliau bertemu dengan seorang anak kecil yang sedang bermain-main sendirian lalu malaikat itu bertanya kepada anak kecil, “Aku ingin ketemu Al Jabbar”, kata malaikat itu. Balas anak kecil itu “Kenapa kamu ingin ketemu dengan Al Jabbar” kata anak kecil itu, Malaikat it terus mengulangi pertanyaan yang sama berkali-kali untuk bertemu dengan Al Jabbar, tetapi anak kecil it terus tetap bertanya hal sama kenapa beliau ingin berjumpa dengan Al Jabbar. Hal tu telah membuat malaikat tersebut dengan keras menjawab “Hai anak kecil, tahukah kamu siapa aku” seraya anak kecil itu mengambil ranting kayu lalu melorek sesuatu di atas pasir dan jawab anak kecil itu bersahaja, “Saya tahu awak siapa, awak adalah malaikat”. Mendengar jawapan dari anak kecil itu lalu malaikat itu berlalu pergi dan membatalkan hasrat untuk bertemu dengan Al Jabbar. Malaikat itu tidak berhasrat untuk bertemu Al Jabbar kerana kebijaksanaan anak sekecil itu cukup membuktikan kehebatan Al Jabbar yang lebih tentu lagi jauh kehebatanya.
Persoalanya, apakah yang ditulis oleh anak kecil tersebut sehingga dia boleh mengenali keperibadian seseorang itu walaupun bukan manusia. Begitulah maha hebatnya ilmu Al Jabbar yang sehingga kini di abadikan di dalam ilmu hisab yang kita kenali ia sebagai Algebra. Tentunya cendiakawan Islam yang tersohor seperti Al Jabbar telah menaikan martabat umat Islam sebagai bangsa yang amat bertamadun suatu ketika dulu. Adalah tidak mustahil sesuatu yang tersirat itu adalah benar dan logik sekiranya kita mendalami ilmu Allah sedalam-dalamnya dan sehalus-halusnya. Tetapi apa yang saya faham adalah Allah menurunkan Al-Quran sebagai pembimbing bagi sekalian umat manusia, tentu banyak rahsia dan ilmu di dalamnya, kenapa agama lain amat berminat mengkaji Al Quran kenapa tidak kita sebagai hambanya memahami dan mendalami ilmu Al Quran itu sendiri.
Dalam lipatan sejarah silam ada bukti yang menyatakan bahawa ilmu Al Jabbar ini telah di temui semula oleh seorang ilmuan atau cendiakawan islam yang tersohor, siapa lagi kalau bukan Muhammad bin Musa Al Khawarizmi atau lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi. Di barat, Al Khawarizmi dikenali sebagai Algorism. Beliau dilahirkan pada tahun 780 Masihi di Khawarizm atau Khuway yang terletak di selatan Tasik Aral di Turkistan. Beliau kemudiannya berpindah ke Baghdad, semasa pemerintahan Al Makmun. Al Khawarizmi menumpukan sepenuh masanya dalam bidang ilmu sehingga meninggal dunia pada tahun 846 Masihi.
Semasa hidupnya, Al Khawarizmi merupakan seorang pakar matematik dan falak. Al Khawarizmi berpendapat ilmu algebra sebagai satu cabang ilmu yang terpisah daripada matematik dan geometri. Kepakaran dan kepintarannya dalam matematik diperakui oleh masyarakat barat dan timur. Bukunya yang berjudul “Hisab al Jabr Wal Muqabalah” telah diterjermahkan di barat dengan judul “Mathematics of Integration and Equation”. Melalui buku inilah lahirnya istilah algebra yang digunakan sehingga ke hari ini. Dalam bahasa Arab algebra disebut “al-jabr” yang bermaksud angka bulat. Buku ini mengandungi tidak kurang daripada 800 masalah matematik dan telah digunakan sebagai buku teks di institusi pengajian tinggi Eropah sehingga kurun ke 16 Masihi. Al Khawarizmi telah memasukkan angka-angka Arab ke dalam bukunya ini yang kemudiannya dikenali sebagai Algorism.
Selain Al Khawarizmi terdapat banyak lagi ilmuwan Islam yang terkenal seperti Al Biruni, Al Battani, Al Zarkali, Al Farghani, Al Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Hazin, Ibnu Rusyd, Al Farabi, Ibnu Haitham dan ramai lagi.

Poested By:IDZHAR BLOG
Copy By:Alisya Nadzira 

No comments:

Post a Comment