opick-rapuh

Tuesday 10 April 2012

Kelebihan Sedekah.

HURAIAN
Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka
bersedekah  adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut
terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan  pengertian  infaq
iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang
diperintahkan Islam.
Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq
kerana infaq hanya  berkaitan  dengan material, manakala sedekah
merangkumi material dan non-material.
Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut  dalam  Al-Quran
membawa maksud berzakat, namun  perkara yang diperhatikan adalah
bahawa, jika seseorang itu telah  berzakat  tetapi masih mempunyai
kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.
Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah
sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan  Allah
terutamanya nikmat Islam.
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada
jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh
tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah
Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". (  AlBaqarah : 261 )
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim
itu memanjangkan umur  dan  mencegah dari mati dalam keadaan buruk
dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si
penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )
MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana  bala
bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )
SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw
lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ?
Nabi  saw  menjawab  :  Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat
sayangkan hartamu; ketika engkau  takutkan kepapaan dan berharap
hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh  untuk  bersedekah,
sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata :
Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi
untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )
Posted By:Takzirah Kelebihan Sedekah.
Copy By:Alisya Nadzira.

No comments:

Post a Comment