opick-rapuh

Monday 9 April 2012

Cara Memasak Mee Rebus.

Semasa buat blogwalking kat umah aini, saya terjumpa resepi mee rebus ni… terus teruja nak buat kerana saya ni memang tersangat sangat suka makan mee rebus…. Mee rebus ni saya buat untuk juadah berbuka puasa semalam… dan resepi ni tersangatlah sedapnya. Makan pun dah tak toleh kiri dan kanan…. memang layan sangat!!!!! Tq aini kerana share resepi ni…. juga kepada pemilik asal resepi Brother Rozzan!!! Memang marvelesss……
Resepi Mee rebus ( sumber :  Dapur brother Rozzan/Dapur noraini ibu manja )
Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)
Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)- 1 saya ganti dengan 1 cwn udang hidup
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan ( saya tambah dgn 1 sudu makan serbuk cili )
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus) – saya guna cuma 700 g je
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional) – tak letak
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.
Cara Penyediaan
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.
Bahan Taburan (Garnishing)Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.
Posted By :Wana Yusuf.
Copy By:Nur Hanizah.

No comments:

Post a Comment