opick-rapuh

Sunday 15 April 2012

Cara Membuat Aiskrim Buah Laici

Salam  semua….
Buka je peti sejuk, saya nampak ada setengah tin syrup laici baki kami minum semasa berbuka puasa semalam…. Dekat fikiran saya, dessert apa saya nak buat dengan baki laici tersebut!. Kebetulan dah lama saya tak buat aiskrim untuk anak-anak saya!!
Disebabkan saya begitu malas untuk menggeledah perkakas dapur saya, saya fikir nak buat ais krim yang paling senang di dunia……  Tak perlu ais krim maker, tak perlu mixer!! cuma perlu godak kemudian masukkan dalam acuan lepas tu simpan dalam peti sejuk!!
Siap!!
Resepi Ais Krim buah laici
1/2 tin sirap laici
5-6 biji buah laici
2 -3 cawan air
gula secukup rasa ( ikut kemanisan yang diingini)
Cara penyediaan
1. Pecah atau siatkan buah laici kepada cebisan yang kecil.
2. Satukan air, syrup laici dan air. Kacau hingga gula larut.
3. Masukkan cebisan buah laici kemudian bolehlah di tuang dalam acuan.
4. Bekukan dan siap untuk dimakan.
** confirm budak-budak suka!!
*** Untuk acuan ais krim boleh di beli di IKEA!!
Posted By:Potret Cinta
Copy By:Nur Hanizah.

No comments:

Post a Comment