opick-rapuh

Monday 9 April 2012

Cara Memasak Eggless Chocolate Chip Banana Bread.


Salam….
Hari ni dengan agak rajin, saya  buat projek membaking roti wholemeal pisang chocolate chip buat minum petang…. sedap sangat roti ni… rasa dia cam kek tapi bila makan rasa cam roti gak sebab ada wholemeal….. resepi saya ambil dari blog mat salih… tapi terlupa nak ambil link dia… anyway untuk memudahkan saya dah translate ke B. Melayu… jika suka sila terjah resepinya……
Resepi Roti Wholemeal Pisang Chocolate Chip Tanpa Telur
Bahan2nya
140 gm (1 cup) tepung gandum ( saya guna tepung halus)
70 gm (1/2 cup) tepung wholemeal
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
110 gm (1/2 cup) gula perang ( brown sugar )
110 gm (1/2 cup) gula halus ( boleh kurangkan 1/4 cawan gula jika tak suka manis )
1 1/2 tsp vanilla extract
100 gm (1/2 cup) mentega
4 biji pisang masak ( saya guna pisang montel )
1/2 cup chocolate chips
Cara Penyediaan
1. Ayak tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas. kemudian satukan dengan tepung wholemeal. Gaul rata dan ketepikan.
2. Didalam food processor atau blender satukan pisang yang telah dilecek, gula, vanilla dan mentega. Kisar hingga hancur dan sebati.
3. Satukan bahan yang telah di kisar tadi dengan campuran tepung hingga sebati.
4. Kemudian masukkan chocolate chip. Gaul hingga rata.
5. Masukkan adunan di dalam acuan loaf 9″ x 5″ yang telah di alas dengan kertas minyak dan dilenser dengan butter.
6. Bakar dalam oven 180 darjah celcius selama 45 minit – 1 jam,
* jika pisang masak yang digunakan agak manis sila kurangkan gula kepada 3/4 cawan sahaja.
** Kalau nak lebih sedap… biar semalaman dulu barulah dipotong dan dimakan… kek akan lebih moist dan lembut  jika di biarkan semalaman terlebih dahulu…
Posted By:Potret Cinta
Copy By:Sharifah Amni Syazana.

No comments:

Post a Comment