opick-rapuh

Monday 9 April 2012

Cara Memasak Kari Ayam.

Salam….
Lama rasanya tak mengupdate blog saya ni sebab akhir2 ni saya agak bz sikit…. My hubby outstation 4 hari.. so saya kurang buat aktiviti kat dapur… masak pun biasa2 aja dan masak pun resepi2 ulang tayang… Hari ni saya masak kari ayam untuk hidangan tengahari… Actually tekak saya teringin nak makan roti cicah kari… so saya masak kari ayam ni lebih sikit.. untuk makan malam tinggal buat roti atau capati… tengoklah!!! kalau rajin!!!
Resepi Kari Ayam
1/2 ekor ayam ( dipotong2 dan dibesihkan )
3-4 biji kentang ( potong dadu )
1 inci halia ( di tumbuk )
1 biji bawang besar ( ditumbuk / dihiris nipis)
3 biji bawang merah ( di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
3 sudu makan serbuk kari ( satukan bersama serbuk cili dan campur dengan sedikit air )
1 sudu makan serbuk cili
1 litre santan pekat( dari 1 biji kelapa )
1 litre santan cair
Rempah 3 sekawan ( kayu manis, pelaga dan bunga lawang )
Daun kari
Daun ketumbar ( di hiris)
Asam gelugur
garam secukupnya
Cara penyediaan
1. Tumis bahan rempah 3 sekawan, bahan tumbuk/hiris, daun kari hingga wangi…
2. Masukkan serbuk kari yang telah di campur dgn air tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan ayam dan kentang dan masak hingga ayam sedikit kecut.
4. Masukkan santan cair dan  asam gelugur masak hingga ayam empuk.
5. Bila ayam empuk masukkkan santan pekat… Bila mendidih sesuaikan rasa dan masukkan daun ketumbar dan angkat.
Posted By:Fatin Najihah.

No comments:

Post a Comment