opick-rapuh

Monday 9 April 2012

Cara Memasak Ayam Goreng Ala Mamak

Salam buat semua pengunjung yang dikasihi….. Terimakasih kerana masih lagi mengikuti perkembangan blog Potret Kasih ni… Hari ni saya ingin mencuba pula menggoreng ayam ala ala mamak style….. Siapa yang selalu makan kat kedai mamak, mesti tau biasa tengok ayam ni!!…. Sesekali menggoreng ayam dengan cara begini  memang best!!…. ayam rasa berempah dan pedas-pedas sikit!!!family saya suka sangat ayam goreng ala mamak ni!! Sesiapa nak cuba ayam goreng ni, sila dapatkan resepinya dibawah…Selamat mencuba!!!…..
Resepi Ayam Goreng Ala-Mamak ( sumber :  Majalah Rasa )
1 ekor ayam  ( di potong 4 @ 6 )
5 sudu makan pes bawang putih
5 sudu makan pes halia
5 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 biji telur
Tepung beras secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun kari ( di goreng sekejap dan di tabur pada ayam)
Cara penyediaan
1. Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati.
2. Perap selama 30 minit.
3. Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung beras.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep frier pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau hingga masak.
5. Angkat dan toskan!! Taburkan dengan daun kari goreng  dan sedia untuk dihidangkan.
Posted By:Potret Cinta.
Copy By:Nurul Aida Syahirah.

No comments:

Post a Comment