opick-rapuh

Sunday 15 April 2012

Cara Memsak Ayam Masak Asam Ala-Tomyam

Salam….
Dah agak lama gak saya tak menjenguk blog saya ni… minta maaf kepada semua visitor blog saya kerana bila singgah ke sini tak ada entry terbaru…  lagi pun sejak seminggu lalu… dapur saya tak berapa berasap!!! banyak makan kat luar kerana tekak saya tak berapa lalu makan masakan sendiri….
Ayam ni saya masak untuk dinner semalam… request dari my hubby yang nak makan masakan saya… saya pun masaklah resepi ayam yang paling simple ni…. Jom layan resepi!!
Resepi Ayam Masak Asam ala- Tomyam
1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih -kisar
3/4 nci halia – kisar
1 biji tomato – kisar
1 pokok daun ketumbar – kisar
2-3 sudu besar cili kisar
2 keping asam gelugur ( saiz besar )
gula,garam, serbuk perasa, sedikit serbuk kunyit.
Cara penyediaan
1. Kisar bahan2 diatas kecuali ayam dan asam gelugur dengan sedikit air di dalam blender…
2. Kemudian satukan bahan kisar dengan ayam, dan tambah sedikit air untuk kuah, serbuk kunyit serta asam gelugur di dalam periuk.
3. Masak ayam hingga empuk, sesuaikan rasanya….
4. Bila kuah agak pekat dan rasanya telah sesuai bolehlah dihidangkan…
Posted By:Potret Cinta
Copy By:Nurul Aida Syahirah

No comments:

Post a Comment