opick-rapuh

Monday 9 April 2012

Cara Memasak Muffin Chocolate Chip.

Salam…..
Jom minum petang!!! Memang seronok minum teh o panas bersama muffin coklat dekat taman petang2 ni… tapi hari ni cuaca redup dan hampir nak mendung, menyebabkan gambar tak berapa berseri…
Resepi muffin yg saya ni saya cnp dari  dapur Ayu! dan sangat sedap… my daughter komlen muffin ni tak berapa manis tapi bagi saya ia ok, kerana saya memang suka muffin atau kek yang kurang manis… Sesiapa yang suka manis boleh tambah lagi satu atau 2 sudu gula lagi muffin ni ya…. kalau tak suka biar je….
ResepiMuffin Coklat Chip/Koko chip
(Sumber C nP : dapur Ayu/Sumber asal: Fida@myr.com)
Bahan2nya:- ( 15  biji muffin )
3 biji telur-A
125 g gula kastor-(1/2 cwn rata)
50 g serbuk koko *-(1/2 cwn rata)
200 g tepung naik sendiri*-(1 1/2 cwn rata)
1/2 sk rata baking soda *
(ayak bersama bahan yg bertanda * di atas)
3/4 cawan susu segar
100 g choc chip -(3/4 cwn) – tak de so sy ganti ngan chocolate chunk
125 g mentega – cairkan (1/2 buku)
1 sk esen vanilla
Cara penyediaaan
1. Semua bahan di atas kecuali susu dan mentega cair, di jadikan satu di dalam sebuah mangkuk.
2. Tuangkan susu sedikit2 sambil di gaul rata.
3. Masukkan pula mentega cair dan gaul lagi hingga sebati.
4. Masukkan sedikit adunan ke dalam paper cup atau muffin cup.
5. Bakar hingga masak pd suhu 160c selama 15-20 min. atau ikut kepanasan oven masing2.
Posted By:Potret Cinta
Copy By:Alisya Nadzira.

No comments:

Post a Comment