opick-rapuh

Monday 23 April 2012

Muffin Pandan Berinti Coklat.


Muffin Pandan Berinti Coklat

Salam…
Hari ni saya membaking lagi…. Resepi adaptasi dari muffin yang lepas2 so terjadilah resepi yang di bawah…. kiranya ni hasil menderhakakan  resepi lagi lah!!….tapi tak pelah kan yang penting idea mempelbagaikan resepi muffin tu… Dah terbukti resepi tu menjadikkk so boleh share kat sini.
Oleh kerana buat muffin ni senang dan mudah serta tidak cerewet so orang beranak kecil cam saya ni bolehlah buat ye… so tak  de alasan, kata tak boleh buat sebab buat muffin ni mudah sangat….
Hari ni saya agak sibuk sikit…. so saya pamit dulu…
Resepi Muffin Pandan Berintikan Coklat
Bahan2nya
1 1/2 cwn tepung gandum ( saya guna tepung halus)
1 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 cawan susu cair
3/4 cwn gula halus
1 1/2 tsp vanilla extract
1/2 cwn mentega di cairkan
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 keping  coklat masakan di potong kiub kecil2 – saiz kiub ikut suka anda.
sedikit coklat rice ( hiasan – tak de pun tak pe… )
sedikit gula icing ( hiasan)
Cara Penyediaan
1. Ayak tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan ketepikan.
2. Didalam sebuah bekas satukan telur, gula, susu cair, vanilla,  gula, vanilla, pandan emulco  dan mentega cair. Kacau hingga sebati.
3. Satukan bahan yang telah dikacau sebati tadi dengan adunan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam cawan kertas.
5. Bubuhlah kiub coklat tadi kedalam adunan dan tenggelamkannya… jika suka boleh hiaskan dengan coklat rice…
6. Bakar dalam oven 160 darjah celcius selama 20-25 minit.
7. masa menghidang boleh ayakkan sedikit gula icing…
** Kalau nak lebih sedap… biar semalaman dulu barulah dimakan… muffin akan lebih moist dan lembut jika di biarkan semalaman terlebih dahulu…
Posted By:Potret Kasih 
Copy By:Nur Fatihah

No comments:

Post a Comment