opick-rapuh

Sunday 15 April 2012

Cara Memasak Sambal Tempe.

Salam….
Rasanya dah bertahun lamanya saya tak makan sambal tempe.. tiba-tiba anak tekak terasa benar nak makan sambal tempe ni…tangguh punya tangguh, hari ni baru terlaksana…. sebabnya time saya ke kedai nak beli tempe, jarang ada tempe yang fresh!!.  Kebetulan ada tempe fresh kat depan mata so saya rembat 2 peket…  dapatlah wat sambal tempe… Resepi sambal tempe saya biasa-biasa aje… rasanya sume orang tahu buat sambal kan… namun saya letak gak resepinya buat rujukan anak2…
Resepi Sambal Tempe
2 paket tempe
1 – 2 biji bawang besar
2 – 3 ulas bawang putih
10 biji cili kering ( rendam hingga lembut )
segenggam ikan bilis ( dicuci dan ditumbuk kasar )
1 keping asam gelugur
garam, gula secukup rasa
serbuk perasa ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Tempe di potong2 dan di goreng sebentar. Kalau tak mahu digoreng dahulu pun tak pe….
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih hingga halus.
3. Tumis bahan kisar dan ikan bilis yang telah ditumbuk hingga pecah minyak.
4. Masukkan sedikit air, asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa.
5. Masak seketika kemudian baru masukkan tempe yang telah digoreng.
6. Kacau sebentar dan kemudian bolehlah diangkat.
*** kalau suka letak belacan sikit pun sedap…. saya tak letak… masih dalam pantang!!
Posted By:Naufa Mahathir.

No comments:

Post a Comment