opick-rapuh

Monday 2 April 2012

Fakta Menarik Tentang Nabi Muhammad SAW.


5 Februari 2012M bersamaan 12 Rabiulawal 1433H seluruh umat islam di dunia akan menyambut hari keputeraan Nabi junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam ataupun Maulidur Rasul.

Sempena sambutan maulidur rasul esok, kita baca sikit fakta tentang Nabi Muhammad S.A.W.
1. Nabi Muhammad SAW merupakan kekasih Allah SWT.

2. Baginda mempunyai dua julukan. Al-Amin ( orang yang dapat dipercaya ) dan As-Saadiq ( yang benar ).
3. Baginda tidak akan melepaskan tangannya ketika berjabat sebelum sahabat yang bersalam dengan Baginda melepaskan terlebih dahulu.

4. Baginda tidak pernah menghulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.

5. Baginda menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.

6. Baginda kalau berkata sesekali menggigit bibir tanda berfikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.

7. Cetusan yang paling buruk dalam perbualan Baginda: " Apa yang terjadi pada orang itu? Semoga dahinya berlumur lumpur "

8. Harta Baginda yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.

9. Baginda tinggal di pondok kecil beratap jerami yang bilik-biliknya dipisahkan oleh batang-batang pokok yang direkat dengan lumpur bercampur kapur.

10. Baginda sendiri yang menyalakan api, mengemop lantai, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.

11. Santapan Baginda yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya adalah madu, susu dan lengan kambing.

12. Baginda mempunyai senyum yang sangat memikat dan menyejukkan, senyuman Baginda dilukiskan sebagai butir salji di oasis.
13. Baginda  malu dan segan untuk memalukan orang lain.

14. Baginda menghimpun dalam dirinya 4 jenis manusia secara sempurna, pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.

15. Baginda selalu memilih yang paling mudah selagi halal apbila berhadapan dengan pilihan.
16. Baginda tidak pernah sakit gigi, baginda bersiwak/gosok gigi tidak kurang 10 kali sehari.

17. Baginda suka akan warna hijau dan warna serban Baginda juga berwarna hijau.

18. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.

19. Baginda pernah membelah bulan sebanyak dua kali.

20. Selepas kewafatan Baginda, semua ayat-ayat yang Baginda pernah katakan disusun dalam satu kitab yakni Al-Quran. 

21. Semasa Baginda dibangkitkan pada hari kebangkitan nanti ( kiamat ) orang pertama yang Baginda cari adalah umatnya yang dirindui yakni kita, umat akhir zaman. 
Posted By:Mohd Raziq Syahmi.
Copy By:Naufa Mahathir.

No comments:

Post a Comment